Lambat bercakap atau speech delay adalah satu masalah yang semakin kerap berlaku pada kanak-kanak pada masa sekarang. Jika anak kita sudah disahkan mengalami speech delay sekalipun, ibubapa tidaklah perlu terlalu kecewa dan rasa down.

Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Betul tak?

Di sini kami ingin kongsikan 10 tip mudah cara ajak anak yang ada masalah percakapan:

1. Kenal Pasti Level Anak

Langkah pertama yang ibubapa perlu tahu ialah kenal pasti tahap ataupun level anak. Apa yang tipikal, apa yang tidak tipikal terhadap anak. Bila kita sudah tahu level anak, bolehlah kita letakkan objektif terhadap anak kita.

Dalam masa yang sama, kita boleh bandingkan tahap anak kita berada di tahap yang mana.

2. Apa Kemahiran Anak Yang Tertinggal

Sebagai ibubapa, kita perlu kenal pasti skill atau kemahiran yang anak kita tertinggal.

  • Ada anak yang ada masalah fokus
  • Ada anak yang ada masalah kefahaman

Disebabkan anak kita ada masalah fokus, mereka jadi lambat bercakap. Disebabkan anak kita ada masalah kefahaman (lambat faham), mereka jadi lambat bercakap.

Bila kita sudah mengetahui kemahiran anak kita yang tertinggal, bolehlah kita fokuskan terhadap kemahiran tersebut.

Contoh, anak lambat cakap kerana ada masalah fokus, Maka kita perlulah melatih terhadap fokus anak terlebih dahulu.

3. Letakkan Objektif Yang Jelas

Bila kita sudah mengetahui kelemahan anak, bolehlah kita meletakkan objektif yang lebih jelas. Mulakan daripada bawah, dan naiklah sedikit demi sedikit.

Contoh, anak kita lambat bercakap kerana dia ada masalah fokus. Maka letakkan objektif agar anak anda boleh fokus terhadap mereka dalam tempoh beberapa minggu atau bulan, bermula daripada sekarang.

Meletakkan tempoh masa atau KPI ini sangat penting agar kita dapat sentiasa melihat perkembangan anak, seterusnya dapat meningkatkan lagi latihan terhadap mereka, sedikit demi sedikit.

4. Rancang Aktiviti Yang Sesuai Bersama Anak

Selepas kita sudah mengetahui objektif yang jelas, bolehlah kita merancang aktiviti yang sesuai bersama anak.

Contoh, objektif kita ialah mahu meningkatkan kefahaman anak, jadi bolehlah kita merancang aktiviti yang boleh meningkatkan lagi kefahaman mereka. Aktiviti yang boleh meningkatkan kefahaman anak adalah seperti soal jawab. Tanya soalan yang mudah seperti:

  • “Adik buat apa tu?”
  • “Tadi adik makan apa?”
  • “Kakak pakai baju warna apa?”
  • “Abang tadi main dengan siapa?”

Sebab itulah pentingnya kita meletakkan target dan objektif. Bayangkan jika kita tidak tahu target dan objektif, bermakna aktiviti kita menjadi tidak bermakna.

5. Gunakan Ayat Yang Ringkas, Mudah dan Pendek

Penggunaan ayat yang ringkas, mudah dan pendek sangat penting agar mereka boleh faham dengan apa yang kita ingin sampaikan. Maksimum ibubapa gunakan 3 patah perkataan. Jika mahu lebih banyak dialog, pastikan ada titik dan koma. Contoh:

  • “Pandainya adik main. Good job!”
  • “Makan perlahan-lahan. Nanti tercekik.”

Habiskan satu ayat terlebih dahulu sebelum mahu sambungkan dengan ayat yang baru.

6. Tarik Perhatian Anak Agar Mereka Lebih Fokus

Untuk memastikan anak mendengar apa yang kita mahu katakan, ibubapa perlulah menarik perhatian anak agar mereka lebih fokus untuk mendengar apa yang kita ingin sebut. Salah satu caranya adalah dengan intonasi yang betul.

Paling mudah, intonasi yang berlagu.

Gunakan juga nada yang tinggi, rendah serta nada yang teruja, asalkan nada tersebut mampu menarik perhatian mereka.

7. Gunakan Aksi

Sewaktu bercakap dengan anak, pastikan tambah dengan mimik muka serta pergerakan badan. Apabila kita menambah aksi, ianya memudahkan anak untuk lebih faham apa yang ingin kita sampaikan. Contoh, “sejuknya.” sambil membuat aksi menggigil. Atau “Besarnya!” dengan membuat aksi tangan yang sangat besar.

8. Perlahankan Kelajuan Pada Setiap Perkataan

Perlahankan kelajuan ketika bercakap dengan anak agar anak dapat menangkap setiap perkataan yang kita sebutkan. Samalah keadaannya jika kita mahu belajar bahasa asing yang baru, kita perlulah biasakan mendengar perbualan yang perlahan, bukanlah kelajuan perbualan yang biasa. Namun, jangan pula terlalu perlahan.

Secara mudahnya, sebutkan satu persatu setiap perkataan.

9. Kurangkan Bertanya Soalan

Kurangkan bertanya soalan, tetapi banyakkan untuk memberitahu. Sebabnya? kita mahu menambahkan perkataan kepada anak. Tukarlah soalan kepada arahan. Tunjukkan apa yang anak kita boleh nampak. Tunjukkan apa yang anak boleh nampak.

Contoh, kita mahu memberitahu bola kepada anak. Lalu kita boleh katakan, “Itu bola.”

Dengan bercakap dengan cara memberitahu, kita sebenarnya telah menambahkan lagi perkataan buat mereka. Lebih penting, mereka tidak perlu memikirkan apa yang kita katakan kerana perkataan

10. Pengambilan Makanan Tambahan

Menurut Dr Harald Bloomberg dalam bukunya The Rhythmic Movement Method:

Masalah ‘Speech Delay’ dan ‘Delay Development’ bukan hanya disebabkan oleh kurang ransangan. Masalah speech delay, kurang fokus dan masalah artikulasi juga disebabkan oleh keradangan dalam otak. Terdapat banyak punca berlakunya keradangan dalam otak. Salah satunya, ianya berlaku disebabkan oleh diet pemakanan kurang sihat dan masalah penghadaman pada makanan gluten dan casein.

Dr Harald Bloomberg

Sebab itulah penting untuk ibubapa memberikan anak-anak mereka makanan tambahan atau supplement untuk mereka agar ianya dapat membantu mereka bercakap dengan lebih baik lagi.

Antara supplement yang terbaik untuk mengatasi masalah speech delay ialah Excel Hana. Makanan tambahan daripada MommyHana ini telah membantu puluhan ribu ibubapa di luar sana.

Anda boleh baca di sini:

https://www.mommyhana.com/supplement-untuk-speech-delay/

_____
Rujukan:

https://www.youtube.com/watch?v=SrB41iBMqrw
https://www.youtube.com/watch?v=oLPqKOko29U