TANDA-TANDA HFMD DAN CARA RAWATAN

Belum reda dengan wabak Covid-19, kini Malaysia kecoh pula dengan penyakit Kaki, Tangan dan Mulut ataupun HFMD (Hand, foot, mouth disease). Penyakit HFMD ini sangat menakutkan ibubapa kerana ianya sangat mudah merebak dan mampu membuatkan dihidrasi kerana anak hilang selera makan.

Apa Itu HFMD?

HFMD adalah penyakit yang disebabkan oleh enterovirus. Dua (2) jenis virus utama penyebabnya adalah Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus-71 (EV71).

Siapa Yang Berisiko Mendapat Jangkitan HFMD?

Sesiapa sahaja pada semua peringkat umur boleh mendapat jangkitan HFMD tetapi golongan kanak-kanak berusia di bawah lima (5) tahun mudah mendapat jangkitan. 90% kes HFMD berlaku pada kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah.

Tanda Dan Gejala HFMD

  1. HFMD biasanya bermula dengan demam dan rasa tidak sihat
  2. Kurang selera makan.
  3. Dalam sehari atau dua, luka (ulser) di mulut akan timbul.
  4. Sebilangan kanak-kanak mungkin mengalami ruam merah pada tapak tangan atau celah jari. Ruam ini juga boleh terjadi pada lutut, siku dan bahagian bawah badan kanak-kanak. Ruam merah ini biasanya tidak menyebabkan kegatalan.
  5. Kekeringan badan atau dehidrasi akan mudah terjadi disebabkan ada sebilangan kanak-kanak menjadi kurang selera makan dan minum akibat sakit pada mulut.

Sebenarnya, tidak semua kanak-kanak yang dijangkiti penyakit ini akan mengalami tanda dan gejala yang sama.

Sesetengah kanak-kanak mungkin hanya mengalami ruam merah atau lepuh pada kulit atau luka pada mulut. Sebilangan kanak-kanak lain mungkin dijangkiti tanpa kehadiran sebarang tanda atau gejala.

Bagi ibubapa atau penjaga, apa yang penting ialah pastikan anak yang dijangkiti HFMD untuk sentiasa makan dan minum bagi mengelakkan dehidrasi. Jika mereka enggan makan atau minum, beri mereka aiskrim. Sebaik-baiknya aiskrim vanilla.

Rawatan HFMD

Buat masa sekarang, tiada rawatan ataupun ubat yang spesifik bagi menangani penyakit ini. Bahkan, tiada vaksin bagi penyakit ini.

Apa yang penting, ibubapa perlu memastikan anak makan dan minum. Pastikan suhu badan mereka dalam keadaan yang normal dengan cara selalu menjelum air serta memberikan ubat demam kepadanya.

Ibubapa juga boleh meningkatkan antibiotik anak dengan memberikan Vita C serta Emmune Kids:

https://www.mommyhana.com/product/vitamin-c/
https://www.mommyhana.com/product/emmune-kids/

Rujukan:

  1. https://kpkesihatan.com/2018/07/30/soalan-lazim-faq-penyakit-tangan-kaki-dan-mulut-hand-foot-and-mouth-disease-hfmd/

Leave a Reply

Your email address will not be published.