APAKAH HUKUM MEMBAYAR ZAKAT SEWAKTU PENGELUARAN WANG KWSP?

Pasti ramai yang sangat teruja menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Mana tidaknya, ramai yang akhirnya dapat kembali pulang berhari raya selepas dua tahun tidak dapat menyambutnya di kampung.

Malah, sambutan raya menjadi lebih meriah apabila kerajaan membenarkan pengeluaran wang KWSP sehingga RM10,000.

Pastinya ibu ayah (ibulah terutamanya) yang membawang di pejabat, bercerita kepada sahabat sehandai untuk menggunakan wang pengeluaran tersebut bagi sambutan raya.

Namun pastinya ramai juga yang tertanya-tanya, adakah wang RM10,000 yang kita keluarkan daripada KWSP perlu dibayar zakat?

Hukum Membayar Zakat Daripada KWSP

Bayaran zakat KWSP sebanyak 2.5% adalah wajib ke atas individu yang membuat pengeluaran KWSP berjumlah RM10,000 seperti yang dibenarkan oleh kerajaan bermula 1 April 2022.

Pengurus Unit Kanan Syariah & Antarabangsa, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Ahmad Husni Abd Rahman berkata pembayaran di bawah zakat harta itu adalah dituntut hanya bagi individu yang membuat pengeluaran secara suka-suka tanpa ada bebanan dan masalah kewangan.

“Bagi individu yang tidak menghadapi sebarang masalah dari sudut bebanan kewangan, hutang, ekonomi dan seumpamanya, maka bagi mereka ini diwajibkan untuk membayar zakat daripada pengeluaran KWSP yang telah dibuat, dan ketika itu pengeluaran adalah tertakluk kepada zakat yang berjumlah 2.5%.”

Ahmad Husni Abd Rahman

Bagaimanapun, beliau menjelaskan pembayaran tersebut tertakluk kepada kerelaan dan keadaan individu berkenaan, selain daripada keputusan yang dibuat berdasarkan timbang tara serta pemerhatian individu tersebut terhadap wang simpanan atau jumlah simpanan kWSP yang masih ada.

Namun begitu, bayaran zakat adalah tidak wajib bagi individu yang membuat pengeluaran wang tersebut atas sebab keperluan sumber pendapatan yang terkesan.

Bagi individu yang membuat pengeluaran untuk meneruskan kehidupan ataupun disebabkan oleh desakan ekonomi dan sebagainya, maka pengeluaran yang sebegini tidak dikenakan zakat.”

Ahmad Husni Abd Rahman

Antara mereka yang tidak perlu mengeluarkan zakat adalah individu yang berdepan dengan masalah pendapatan dan menggunakan wang tersebut untuk meneruskan kehidupan, golongan yang masih mempunyai hutang yang perlu dilangsaikan dengan segera serta pengeluaran yang digunakan untuk keperluan-keperluan asas serta mustahak seperti perubatan, pendidikan dan seumpamanya.

Boleh dengarkan penjelasan penuh di sini:

Alang-Alang Ada Wang KSWP, Mengapa Tidak Hadiahkan Sesuatu Yang Istimewa Buat Ibu Bapa Di Kampung

Wang RM10,000. Sangat banyak, bukan?

Apa kata kita gunakn sebahagian wang itu untuk membeli hadiah buat ibu bapa kita di kampung. Hadiah apa?

Ha, apa kata hadiahkan mereka sejadah yang baru, yang lembut, yang berteknologi tinggi, yang boleh dibasuh, yang ringan untuk dibawa ke mana-mana. Fuh, memang banyak sangat kelebihan yang ada hanya pada satu sejadah saja.

Sejadah apa lagi kalau bukan My Sajjadah Adults daripada MommyHana

Ataupun, anda boleh hadiahkan ibubapa di kampung dengan Islamic Audio Device

Apapun pilihan anda, gunalah wang daripada KWSP itu dengan sebaiknya. Selamat berpuasa dan Hari Raya Aidilfitr!

Leave a Reply

Your email address will not be published.