HUKUM BERPUASA TETAPI TIDAK SOLAT

Sejadah Gebu Terbaik Di Malaysia

Ramai ibubapa masa kini yang begitu menekankan anak-anak mereka untuk berpuasa, namun seakan memandang rendah akan mendirikan solat. Anak-anak ini diberikan ganjaran tertentu jika mereka berpuasa, namun tidak diberikan apa-apa jika mereka berpuasa.

Kesannya, anak-anak ini sekadar berpuasa sahaja dan tidak mendirikan solat.

Ianya tidaklah menjadi kesalahan kerana mereka hanyalah anak-anak. Namun jika dibiarkan perkara ini berterusan, ditakuti anak-anak ini akan meremehkan untuk menjaga kefardhuan solat, sedangkan solat itu jauh lebih utama berbanding berpuasa.

Bahkan, kita dapat lihat di sana sini, terlalu banyak majlis berbuka puasa yang dihadiri oleh begitu ramai orang. Tempat untuk berbuka puasa itu luas, namun tempat untuk mendirikan solat agak sempit sehinggakan mereka terpaksa bergilir-gilir untuk mendirikan solat.

Malah, mungkin ada daripada mereka yang menjaga puasanya namun tidak mendirikan solat 5 waktu. Lalu, bagaimanakah dengan puasa mereka?

Hukum Berpuasa Tetapi Tidak Solat

Terdapat dua hukum bagi mereka yang berada dalam situasi ini, seperti yang dinukilkan dalam laman web rasi Mufti Wilayah Persekutuan:

Pendapat pertama: Mereka dianggap sebagai keluar daripada Islam dan tidak sah puasa mereka. Hendaklah mereka bertaubat kepada Allah dan kembali mengerjakan solat. Inilah pendapat mazhab Hambali dan sebahagian ulama masa kini.

Pendapat kedua: Mereka yang tidak solat tetapi berpuasa dianggap puasa mereka sah tetapi tidak diberi pahala. Inilah pendapat kebanyakan ulama Azhar seperti ‘Atiyyah Saqar, Dr. Ahmad Syarbashi, Dr. Muhemmed al-Bakri Ismail dan lain-lain. Hal ini kerana Rasulullah S.A.W bersabda mafhumnya: “Siapa yang meninggalkan ucapan yang keji dan beramal dengannya, maka tiada keperluan bagi Allah dengan sebab dia meninggalkan makan dan minumnya”. Riwayat Bukhari & Muslim

Mufti Wilayah ketika itu lebih cenderung kepada pendapat yang mengatakan puasa sah tetapi tidak dipahalakan kerana menafikan rukun Islam yang sangat penting iaitu solat. Inilah sebahagian daripada Ahkam al-Siyam yang ingin dibentangkan kepada masyarakat Islam agar difahami dengan jelas untuk menjadikan puasa benar-benar menepati syariat.

Kesimpulan

Berpuasa itu adalah salah satu ibadah yang diwajibkan ke atas umat Islam. Namun, dalam kita berpuasa, janganlah sesekali meremehkan ibadah solat, apatah lagi meninggalkannya. Janganlah kerana kita mahu berpuasa atau mahu bersedap-sedap ketika berbuka puasa, kita meninggalkaj ibadah sembahyang pula.

Mudah-mudahan Allah memelihara iman kita semua, amin.

Rujukan: https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-ramadhan/1966-hukum-orang-yang-berpuasa-tetapi-tidak-sembahyang

Leave a Reply

Your email address will not be published.