HUKUM AQIQAH KETIKA ANAK SUDAH DEWASA

hukum aqiqah bila anak sudah dewasa

Aqiqah atau akikah adalah salah satu ibadah yang sangat dituntut bagi mereka yang berkemampuan.

Hukum aqiqah adalah sunat muakkadah bagi yang berkemampuan. Asal pensyariatannya adalah berdasarkan sebuah hadith daripada Salman bin Amir al-Dhabbi RA katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَعَ الْغُلاَمِ عَقِيقَتُهُ فَأَهْرِيقُوا عَنْهُ دَمًا وَأَمِيطُوا عَنْهُ الأَذَى

Maksudnya: “Bersama-sama kelahiran bayi ada aqiqahnya. Oleh itu, tumpahkanlah darah aqiqah bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya”.

Riwayat al-Bukhari (2839)

Aqiqah disunat dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi tersebut disamping memberikan nama yang baik dan juga mencukur rambut bayi tersebut. Ini berdasarkan sabda Baginda SAW daripada Samurah RA:

الْغُلاَمُ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ يُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِ وَيُسَمَّى وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ

Maksudnya: “Bayi itu tertebus dengan aqiqahnya. Disembelih aqiqah pada hari yang ketujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya”.

Riwayat Abu Daud (1522)

Bilangan Kambing Yang Perlu Diaqiqahkan

Mengenai bilangan kambing yang perlu diaqiqahkan, bagi bayi lelaki, maka disunatkan dengan menyembelih 2 ekor kambing manakala bagi bayi perempuan pula adalah dengan menyembelih 1 ekor kambing. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW yang menyebutkan:

مَنْ وُلِدَ لَهُ وَلَدٌ فَأَحَبَّ أَنْ يَنْسُكَ عَنْهُ فَلْيَنْسُكْ عَنِ الْغُلاَمِ شَاتَانِ مُكَافِئَتَانِ وَعَنِ الْجَارِيَةِ شَاةٌ

Maksudnya: “Sesiapa yang dikurniakan anak dan ingin melakukan ibadat untuknya, maka lakukanlah ibadah aqiqah bagi anak lelaki dua ekor kambing dan bagi anak perempuan pula seekor kambing”.

Riwayat Abu Daud (2842)

Berdasarkan hadith di atas, asal bagi aqiqah untuk anak lelaki adalah dua ekor kambing manakala bagi anak perempuan pula adalah seekor kambing. Ini adalah tertib yang terbaik bagi seseorang jika ingin melakukan ibadah aqiqah.

  • Lelaki – 2 ekor kambing
  • Perempuan – seekor kambing

Adapun mengenai persoalan yang dibangkitkan, adakah memadai untuk beraqiqah dengan seekor kambing sahaja bagi anak lelaki? Maka jawapannya adalah memadai dan dibolehkan. Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (8/429) oleh Imam al-Nawawi Rahimahullah.

Ini berdasarkan sebuah hadith daripada Ibn Abbas R.Anhuma:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَقَّ عَنِ الْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ كَبْشًا كَبْشًا

Maksudnya: “Rasulullah SAW mengaqiqahkan al-Hasan dan al-Husain seekor kibasy yang serupa dan sepadan bagi setiap seorang”.

Riwayat Abu Daud (2841)

Justeru, hukum aqiqah adalah sunat muakkad (sangat digalakkan) dan bukannya wajib. Maka meninggalkannya tanpa keuzuran adalah makruh dan bukannya maksiat. Begitu juga jika ditinggalkan aqiqah itu kerana tidak mampu, maka tidak haram mahupun makruh.

Sebahagian ulama Syafieyyah yang terkemudian (mutaakhkhirin) berpendapat bahawa seseorang yang tidak mampu melakukan aqiqah kemudian menjadi senang selepas tujuh hari kelahiran maka tidak sunat lagi untuk melakukan aqiqah. Manakala sebahagian Syafieyyah pula berkata sebelum tamat tempoh nifas.

Pendapat yang rajih dalam mazhab al-Syafie bahawa hukum sunatnya kekal sehingga anak itu baligh.

Hukum Aqiqah Bila Anak Sudah Dewasa

Para ulama Syafieyyah berpendapat bahawa aqiqah dituntut ke atas al-asl (seperti ayah dan datuk) kerana dia wajib menafkahi bayi itu dan bayi dianggap faqir. Aqiqah hendaklah ditunaikan bukan menggunakan harta anaknya sebaliknya menggunakan hartanya sendiri. Namun apabila anak itu baligh sebelum sempat diaqiqahkan, maka sunat bagi anak tersebut untuk mengaqiqahkan dirinya sendiri.

Rujuk Mughni al-Muhtaj (6/139) oleh Imam al-Khatib al-Syarbini Rahimahullah

Justeru, sunat hukumnya untuk seseorang yang dewasa yang belum diaqiqahkan untuk mengaqiqahkan dirinya sendiri sebagai tanda syukur kepada Allah atas nikmat kehidupan yang diberikan-Nya. Jika dia tidak mampu, maka tiada masalah dan tiada kehinaan terhadap perkara itu kerana Syariat tidak memberatkan seseorang atas suatu yang dia tidak mampu. Untuk penjelasan lanjut, boleh rujuk buku Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang bertajuk “Merungkai Persoalan Akikah dan Korban”.

Wallahua’lam.

Aqiqah Dengan Harga Yang Murah Di Mekah

Bagi yang mencari tempat untuk aqiqah, yang mudah dan murah, bolehlah membuat aqiqah di Mekah.

Dengan harga yang sangat murah iaitu serendah RM490 sahaja untuk seekor kambing, bahkan kita turut diberikan video yang menunjukkan lafaz akad aqiqah yang dibacakan nama anak, maka pastilah hati kita akan menjadi lebih tenang.

MommyHana juga membuka peluang untuk kita semua mengerjakan qurban di Mekah dengan hanya serendah RM490 sahaja untuk seekor kambing.

Mari, daftar sahaja secara online di sini, dan anda juga berpeluang menangi cabutan bertuah umrah premium yang bernilai RM10,000:

Rujukan:

https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/787-al-kafi-633-hukum-aqiqah-bagi-diri-sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published.