5 TIPS MEMILIH SEJADAH TERBAIK UNTUK KANAK-KANAK

Nampak comel kan bila anak kita dapat tunaikan solat lebih awal

Solat adalah tiang agama. Bahkan, solat adalah ibadah yang paling penting berbanding ibadah-ibadah lain yang telah difardhukan ke atas setiap umat Islam. Kerana itulah setiap ibubapa perlu mendidik anak-anak agar mendirikan solat seawal yang mungkin.

Terdapat banyak cara untuk menarik minat anak agar mereka suka untuk mendirikan solat, antaranya adalah dengan membelikan mereka sejadah kanak-kanak yang terbaik untuk mereka.

Sejadah Terbaik Untuk Kanak-Kanak

Sejadah ini sendiri mempunyai perbagai jenis. Jika kita mahu membelikan sejadah untuk anak-anak, pastilah kita perlu memilih sejadah kanak-kanak. Apabila anak ini memiliki sejadah mereka sendiri, pastilah mereka lebih bersemangat untuk mendirikan solat.

Namun persoalan lain pula yang muncul.

“Macam mana cara untuk memilih sejadah yang terbaik untuk kanak-kanak?”

Soal si ibu dan bapa

5 Tip Memilih Sejadah Terbaik Untuk Kanak-Kanak

Sedangkan diri kita juga mempunyai tips untuk memilih pakaian yang terbaik untuk bertemu dengan sanak-saudara di kampung, maka pastilah kita juga perlu memilih sejadah terbaik untuk anak-anak sewaktu mereka bertemu dengan Allah Taala sewaktu mendirikan solat.

Berikut adalah tip yang ingin kami kongsikan bersama ibu ayah:

1. Corak Dan Rekaan Yang Menarik

Tip pertama yang ibubapa perlu lihat dan perhatikan pastilah dengan melihat corak serta rekaan pada sejadah itu sendiri. Kanak-kanak ini sangat sukakan warna yang cantik serta corak yang dapat menarik perhatian mereka.

Dalam masa yang sama, corak serta warna sejadah itu tidaklah terlalu keterlaluan kerana anak-anak ini menggunakan sejadah ini untuk mendirikan solat.

Lihatlah sendiri pada rekaan My 4D Sajjadah Kids daripada MommyHana ini. Coraknya cukup ringkas namun mampu menarik perhatian anak-anak. Inilah sejadah terbaik pilihan anak-anak, ditambah lagi dengan tema angkasa lepas. Siapa kanak-kanak yang tidak sukakan angkasa lepas?

2. Boleh Dibasuh

Nama pun kanak-kanak, mereka ini tidaklah pandai membersihkan diri mereka, apatah lagi mahu membersihkan barang-barang lain.

Begitulah juga dengan sejadah kanak-kanak milik mereka sendiri.

Kalau boleh, mereka mahu makan dan bermain di atas sejadah tersebut.

Kerana itulah ibubapa perlulah memilih sejadah yang boleh dibasuh agar mereka dapat gunakan sejadah tersebut, lagi-dan-lagi.

Jika sejadah itu boleh dibasuh dan warnanya tidak luntur, maka itu adalah satu kelebihan yang tidak seharusnya ibubapa terlepas untuk mendapatkannya.

Seperti sejadah kanak-kanak terbaik daripada MommyHana ini, sejadah ini boleh dibasuh berulang kali tanpa perlu takut warna sejadahnya akan luntur. Bahkan, MommyHana turut memberikan jaminan setahun untuk meyakinkan ibubapa bahawa warna serta corak yang ada pada sejadah MommyHana ini memang benar-benar tidak akan luntur!

3. Sejadah Yang Sepadan Bersama Ibu Bapanya

Ibubapa adalah model serta ikon buat anak-anak. Apa yang kita buat, mereka akan tiru, termasuklah solat. Sebab itulah penting untuk ibubapa mendirikan solat secara berjemaah bersama anak-anak agar mereka lebih suka mendirikan solat.

Solat berjemaah bersama anak ini bukanlah mudah. Namun, ianya menjadi lebih mudah jika kita gunakan sejadah yang sepadan serta sedondong bersama anak. Barulah mereka lebih teruja nak solat bersama! Betul tak mak ayah?

Tak hairanlah MommyHana hasilkan sejadah yang sedondong ini agar anak-anak dapat mendirikan solat secara berjemaah bersama ibubapa.

4. Sejadah Yang Khas Untuk Anak Lelaki Mahupun Perempuan

Bukan sekadar sifat orang tua, malah kanak-kanak lebih tinggi sifat kelelakian serta keperempuanan ini. Anak lelaki mahukan warna lelaki, anak perempuan pula nakkan warna perempuan.

Sama seperti My 4D Sajjadah Kids ini, MommyHana menawarkan dua jenis sejadah terbaik untuk anak-anak iaitu sejadah untuk anak-anak perempuan serta sejadah anak lelaki.

Merah jambu atau pink untuk perempuan.

Biru untuk lelaki.

Menarik bukan mak ayah?

https://www.mommyhana.com/product/my-4d-sajjadah-kids-girls/
https://www.mommyhana.com/product/my-4d-sajjadah-kids-boys/

Ada sejadah lelaki, ada sejadah perempuan. Pilihlah yang secocok dengan jantina anak anda.

5. Berteknologi Tinggi

Dalam zaman teknologi ini, sejadah juga tidak ketinggalan dalam mengejar kemodenan. Seperti My 4D Sajjadah Kids ini, ianya adalah sejadah pintar pertama di Malaysia yang boleh mengetahui waktu solat. Bukan sekadar waktu solat di Malaysia sahaja, bahkan di seluruh dunia!

Malah, sejadah ini juga boleh melaungkan azan serta iqomah. Sangat canggih bukan?

Hanya perlu download aplikasi MommyHana di Playstore mahupun di Apple Store secara percuma saja:

Download saja apps MommyHana secara percuma di sini: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.MommyHana.MommyHana

Canggih kan?

Mari ibu ayah, kita beri keterujaan anak-anak untuk mendirikan solat dengan menghadiahkan mereka My 4D Sajjadah Kids dari MommyHana ni!

Mahu lebihkan rasa keterujaan anak? Belilah secara kombo! Boleh dapat beg sejadah eksklusif MommyHana yang bernilai RM69 secara percuma. Wahhhh

Baca lagi artikel menarik daripada MommyHana di sini:

Leave a Reply

Your email address will not be published.