JANGAN REDAH SAJA BELI! INI 5 TIP PENTING SEBELUM IBU AYAH BELIKAN BEG SEKOLAH TERBAIK UNTUK ANAK

beg sekolah terbaik untuk anak

Hampir setiap tahun, ibubapa akan membeli bag sekolah ataupun backpack buat anak-anak.

Mungkin beg sekolah lama masih lagi elok, namun untuk meningkatkan lagi keinginan anak untuk bersekolah pada sesi baru, ibubapa sanggup untuk membelikan beg sekolah yang baru dan terbaik untuk anak mereka.

Sama seperti jika mahu membeli baju raya, pastilah ibubapa akan membelikan beg sekolah yang bukan sahaja cantik dan terbaik pada pandangan mata mereka, lebih penting lagi ianya turut cantik di pandangan mata anak.

Selain cantik, ibubapa pasti akan memilih sesuatu beg itu mengikut kualitinya agar beg sekolah itu mampu bertahan dengan lebih lama, selesa dipakai oleh anak dan tiada masalah zip mudah tersangkut.

Sakit hati juga kalau zip sekolah mudah tersangkut, kan.

Di sini, kami kongsikan 5 point penting untuk memilih beg sekolah terbaik untuk anak-anak.

1. Cantik

bila beg sekolah pun dah cantik, anak pun suka untuk memakainya

Bukan sekadar ibu bapa, anak-anak juga ada citarasa mereka yang tersendiri.

Mengapa kita perlu memilih corak yang kita suka, sedangkan anak juga mempunyai pilihan serta citarasa mereka yang tersendiri.

Kan?

Tapi sebagai orang tua, kita perlulah pastikan corak serta rekaan pada bag yang menjadi pilihan anak-anak itu tidaklah terlalu menonjolkan mata. Biar cantik di mata mereka, juga cantik di mata kita.

Setuju kan ibu ayah?

2. Tahan Lama

Kalau ikutkan hati ibu ayah, pastilah kita mahu beg sekolah anak kita dapat bertahan lama. Lebih lama, lebih bagus!

Tapi masalahnya, beg sekolah zaman sekarang seakan kurang berkualiti. Rasanya macam boleh guna untuk setahun pula. Perasan kan?

Masuk tahun baru, beg sekolah yang ada pun dah mula meragam. Kalau tak meragam pun, warnanya sudah pudar, anak pun tak teruja nak memakainya.

Bermaknya, tahan lama di sini bermaksud:

  • Keadaan beg sekolah tersebut memang baik dan tiada masalah
  • Warna serta tekstur kain beg sekolah itu tidak pudar

Ada dua ciri di atas, mak ayah jangan fikir panjang. Terus saja dapatkannya! Mahal sikit pun tak apa, asalkan anak dapat gunakannya dalam tempoh masa yang lebih lama. Itu pun dah cukup menjimatkan, bukan?

3. Mempunyai Banyak Kompatmen

Nama pun anak, mereka ini cepat terlupa menyimpan sesuatu. Bila cikgu minta mereka keluarkan buku, kelam kabut jadinya. Habis dipunggah beg sekolah.

Ha, itulah penting kompatmen!

Bila ada banyak kompatmen, mak ayah pun senang nak susun buku mengikut bahagian,

  • Ada bahagian untuk buku tulis
  • Ada bahagian untuk buku aktiviti
  • Ada bahagian untuk buku teks
  • Ada bahagian untuk menyimpan botol air dan bekal makanan

Senang, kemas, cepat.

Bag yang banyak kompatmen inilah bag sekolah yang terbaik dan paling ideal dibeli oleh ibubapa untuk anak-anak mereka.

4. Menyokong Tulang Belakang Anak

Ibu bapa jangan pula tidak tahu, tulang belakang anak-anak ini masih lagi lemah, tidaklah sekuat tulang belakang orang dewasa. Tulang belakang mereka masih lagi dalam fasa pertumbuhan dan pembesaran.

Sebab itulah penting untuk kita membelikan beg sekolah yang mampu menampung bahagian tulang belakang anak dengan baik.

Pastikan beg sekolah itu tidak melebihi 10 hingga 20% berat badan anak, bergantung kepada usia mereka.

Beg sekolah bukan sekadar mampu menampung, bahkan ianya selesa untuk dipakai oleh anak. Bila beg sekolah itu ada banyak span, barulah beg sekolah itu mampu menjadi beg sekolah terbaik untuk anak!

5. Boleh Dibeli Secara Set

mommyhana.com

Jika kelengkapan alat tulis serta bekalan makanan dan minum juga boleh dibeli dengan set yang sama dengan beg sekolah, pastilah ianya menjadi pilihan yang lebih bijak!

Cantik pun cantik kerana rekaannya sama, tersusun pula tu. Nampak kemas dan anak pun pastinya lebih suka. Tiada lagi masalah tertukar bekas makanan ke, botol air ke, kerana semuanya pun sama tema, sama setnya!

BONUS: Berteknologi

Beg sekolah yang berkualiti itu memang sudah sedia bagus. Namun, jika beg sekolah itu memiliki teknologi terkini, ianya menjadi satu bonus yang ibu bapa tak boleh lepaskan begitu saja!

Bayangkan sebuah beg sekolah yang boleh diimbas, lalu keluarlah 8 planet yang ada di Sistem Suria bersama fakta menarik berkaitan kesemua planet ini. Pasti anak-anak pun akan teruja!

Jika dahulu, beg sekolah berteknologi Augmented Reality atau AR ini mungkin tiada lagi. Tapi kini, sebuah syarikat milik anak tempatan, MommyHana telah berjaya mengeluarkan beg sekolah pertama seumpamanya di dunia yang boleh diimbas dan boleh bersuara!

Memang dasyat, memang hebat!

Lihatlah sendiri kehebatan beg sekolah berteknologi tinggi dari MommyHana, di sini:

Di sini juga kita dapat melihat jurang perbezaan antara beg sekolah MommyHana dengan beg sekolah biasa:

Apa lagi, jom dapatkan beg sekolah Angkasa Lepas ini di sini:

https://www.mommyhana.com/product-category/space-theme/

Dapatkan segera, dan buatlah anak rasa gembira!

Rujukan:

  1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Beg
  2. https://productnation.co/my-bm/6027/beg-sekolah-terbaik-malaysia/
  3. https://my.theasianparent.com/bag-galas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *