5 TIPS MUDAH AGAR ANAK MAKAN TANPA PERLU LIHAT LAGI GADGET (STRATEGI NO 4 YANG PALING PENTING!)

Ramai ibubapa terpaksa bagi anak gadget waktu makan sebab mereka tak duduk diam, kan?

Dan mungkin kita sendiri mengalaminya ketika ini.

Waktu anak nak makan, time itulah mereka merenget nak gadget, nak tengok kartun.

“Mak, nak tengok tv.”

“Mommy, nak tengok Youtube.”

“Ibu, nak tengok handphone.”

Kalau kita tak beri, mereka pula ugut tak nak makan. Tak pun, baru sesuap makan, dia dah hilang entah ke mana.

Anak sewaktu makan sambil tengok gadget sudah macam tak dapat dipisahkan, betul tak?

Situasi ini dapat dilihat di mana-mana, di kedai makan, gerai, restoran. Kan?

Malah, kalau anak kecil umur 2 tahun makan di kedai luar tanpa tengok gadget, itu yang pelik!

Jadi, boleh ke sebenarnya latih anak makan tanpa tengok gadget?

Jawapannya mestilah boleh. Cuma, ianya memerlukan kesabaran yang sangat tinggi.

Di sini, kami ingin kongsikan 5 tip mudah untuk latih anak duduk diam waktu makan.

.

1. Jadualkan Waktu Makan

Kebanyakan ibubapa akan memberi makan anak ketika mereka meminta. Bagi makan itu bagus, tapi jika kita terlalu beri makanan kudap-kudapan pada anak, mulalah nanti anak tak mahu makan makanan berat pada waktu makan.

Solusinya?

Jangan beri apa-apa makanan atau jajan kecuali air. Kita mungkin boleh tetapkan tempoh 3 jam contohnya.

Contoh, anak sudah bersarapan pukul 9 pagi. Jadi, selama masa 3 jam hingga pukul 12 tengahari nanti, jangan beri anak sebarang kudapan atau jajan, melainkan hanya air.

Bila mereka lapar, bolehlah mereka makan dengan lebih fokus lagi.

2. Pastikan Anak Duduk Dengan Betul

Bila duduk dalam kerusi sebegini, barulah anak tak keluar merata-rata

Bila kita gagal menyuruh anak duduk dengan betul, berkemungkinan besar kita akan gagal untuk menyuruh mereka makan dengan tenang.

Benar, susah untuk menyuruh anak duduk dengan betul dan diam ketika duduk.

Jadi, minta mereka duduk di dalam booster seat yang portable ataupun high chair seat untuk mereka. Anak boleh duduk diam, kita pun rasa aman.

Mahu beli di mana? Beli saja di mana-mana. Kalau nak beli secara online, taip saja baby chair feeding kids atau antilop highchair, pasti akan keluar. Harga kerusi ini antara RM50 ke RM200, bergantung kepada kualiti dan jenama. Kalau mahu beli secara second hand pun boleh saja, lebih jimat dan murah.

3. Maksimum Tempoh Makan 30 Minit Sahaja

Anak main-main ketika makan kerana mereka anggap seluruh masanya adalah untuk bermain semata-mata, termasuklah ketika mereka sedang makan.

Jadi, pastikan anda menyedarkan anak anda bahawa masa makan hanyalah untuk makan. Nak pastikan macam mana? Antaranya adalah hadkan tempoh masa makan selama 10 ke 30 minit sahaja.

Benar, anak takkan faham konsep masa. Mereka tak faham maksud sekejap atau lambat. Tapi lama kelamaan, mereka tahu bahawa tempoh makan adalah hanya untuk makan, dan tidak boleh buat benda lain lagi.

4. Tiada Gadget Sewaktu Makan!

Anak mengamuk sebab tak dapat gadget sewaktu makan? Biarkan, ibubapa jangan mudah terpengaruh dengan anak

Betul, cara paling mudah agar anak duduk diam ketika makan ialah dengan memberikan gadget kepada mereka.

Apatah lagi jika anak itu sendiri yang merintih ataupun mengamuk kerana mahukan gadget sewaktu makan.

Tapi ibubapa tahu kan, perbuatan ini sangat bahaya untuk anak dalam tempoh masa yang sangat panjang!

Kenapa?

Kerana:

  • Mentaliti anak akan terpasak kuat menyatakan, mereka akan dapat gadget bila mahu makan.
  • Bila wujudnya mentaliti sebegini, mereka makan bukan kerana mahu makan atau terasa lapar, tapi mereka makan kerana mahu gadget.
  • Bila mereka makan sambil bermain dengan gadget, minda mereka hanya memikirkan tentang gadget, bukan lagi makanan. Kenyang atau tak, cukup atau kurang, bukan lagi ukurannya. Yang penting, dapat gadget.

5. Jangan Makan Dalam Keadaan Yang Senyap

Pada waktu makan inilah, masa yang terbaik untuk kita berkomunikasi bersama anak. Banyak perkara yang boleh dibualkan bersama mereka, tapi pastikan anak dan diri kita sendiri bercakap sewaktu kita tidak mengunyah makanan.

Benar, bercakap sambil mengunyah makanan itu tidak beradab. Namun selepas mengunyah, kita boleh selang selikan dengan berbual, antaranya ceritalah tentang makanan yang dimakan bersama anak.

Rasulullah SAW sendiri berbual sewaktu baginda sedang menikmati juadah bersama para sahabatnya. Maka kita seharusnya juga boleh berbual dengan anak terutamanya berkaitan makanan yang sedang dimakan, agar si anak dapat makan dengan lebih berselera.

Sewaktu makanlah, kita boleh bertanya mengenai makanan yang dimakan, apa aktiviti anak sewaktu sekolah, dan perbagai lagi soalan yang boleh ditanya. Ini membuatkan anak akan semakin sewaktu sewaktu mereka nak makan!

.

Bagi ibu bapa yang pening kerana anak sudah seperti ketagih dengan gadget, apa kata ibubapa cuba gantikan gadget dengan buku. Biar anak ketagih pula dengan buku.

Bunyinya macam mustahil, tapi sebenarnya tak kalau kita gantikan gadget dengan buku interaktif!

Buku interaktif yang boleh berbunyi, bersoal jawab serta bernyanyi bersama. Pasti buku sebegini mampu menarik perhatian anak, bukan?

Dapatkan buku interaktif My Islamic Book di https://www.mommyhana.com/product/my-islamic-book/, dapat cubalah lihat sendiri perubahan anak daripada ketagih gadget sebelum ini, kepada ketagih buku pula! Insya-Allah.

My Islamic Book

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *